Followers

Tuesday, September 15, 2009

Waspada Serunding Babi

Waspada serunding babi di pasaran
Date: Friday, April 17 @ 19:25:38 MYT
Topic: Berita
Sumber Malaysiakini
Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong
negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke
Indonesia.
Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap
makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor
Bernama.
Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas
35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor,
Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.
"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh
itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan
berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.
Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:
Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
Abon/dendeng sapi asli cap ACC
Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).
Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang
kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain
menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.
Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti
berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda
berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita
Malaysia dari Jakarta.
MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada
mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada
babi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails