Followers

Monday, May 7, 2012

dari Pantai Robina ke Puncak Mutiara Cafe....

Assalamulaikum....

Ini cerita kelmarin Ahad akak dan famili punya aktiviti... dah lama akak tak bersiaran yer... begitulah kisahnya kalau penyakit MALAS meresap di jiwa raga...hehe... nak buat n3 punya ler bercinta... gambar pun dah malas nak ambik.... sejak2 pegnen ni segalanya malas... nak keja malas... nak masak malas... tu pun kadang mood rajin mai masak beria2...hehe.... walau malas nak buat n3 akak tetap terjah blog korang tau.... baca blog korang adalah salah satu keja akak di ofis tau....kihkih.... nak buat mcm mana klu tak baca blog satu hari mcm tak lengkap jer idup....haha...

Petang Ahad kemarin lepas jer boring lepak kat rumah mcm biasa anak2 ajak keluar... memang kan klu tak keluar rasa macam tak kena jer...itu akak lah...korang macam tu tak???..... sabtu ahad mesti keluar ronda2 kat mana2 tempat kan... walaupun dah selalu pergi tetap nak terjah jugak.... so hubby ajak ler kami semua ke pantai Robina namanya.... jarang pegi pantai ni sebenarnya... selalu pergi lepak pantai Bersih tepi highway tu jer.... sebab pantai Robina tak der pasir cuma ada tebing dan batu2 jer... lagipun pantai Robina berlumpur kalau air surut dan airnya tak jernih sangat.... lepak la kami anak beranak tepi tebing tu sambil menghirup udara segar dan sambil makan rojak, kopok, kuaci dan buah-buahan..... sambil tu ambik gambar matahari nak terbenam... gambar anak2 tak der sebab sorang pun tak nak ber posing asyik berlari-lari jer kejanya....huhuuuu....




sempat snap gambar Arfan tengah berlari2....susah betul nak bergambar skrg ni...

asyik makan buah yer bang...:)
rojak...
Lepas jer magrib kami pergi makan2 di Puncak Mutiara Cafe www.puncakmutiara.com yang femes kat tempat akak... klu tak silap cafe ni biasa masuk TV tak lama dulu.... sesiapa suka menu kambing boleh cuba disini.... memang terbaik dari ladang sebab ladang kambing pun ada sebelah jer cafe tu... kalau datang petang boleh nampak ladang kambing tu.... memang unik cafe ni sebab ada di sekitar kampung.... kalau nak ke cafe ni kena masuk jalan kampung dulu baru jumpa....akak selalu pergi malam jer.... tak ler nampak kandang kambing tu.... cafe ni tempat makan nya terbuka dan di kelilingi pokok2 dan ada pondok2 kecil yang boleh bersila dan duduk atas kerusi kayu.... ada jugak bilik berhawa dingin... selain tu tempat masaknya pun terbuka boleh semua orang tengok tukang masaknya sedang masak.... makanan di cafe ni semuanya sedap2 belaka....menu akak malam semalam semestinya berasaskan kambing.... padahal tak suka sangat kambing ni... dek pujukan hubby yang nak akak makan jugak menu kambing.... akak redha jer....hehe...so terorder la nasi bariyani peha kambing dan lamb chop black paper... akak makan separuh hubby akak perabis separuh...hehe... sampai licin kami berdua bedal.... Adam lak order chicken chop black paper...Arfan macam biasa ler fun fries jer dia minta....makan memilih macam tu ler.... tapi akak suap juga nasi bariyani kat dia.... makan jugak.... sambil makan2 tu sempat jugak anak2 ronda gi tengok sekitar cafe.... tengok kolam ikan dan kandang kambing.... seronok sangat suasana cafe tu... tenang jer....
















** skrg ni tengah control makan sebab akak dah dapat kencing manis masa pegnent....huahua... tapi semalam tak boleh kontrol sebab menu2 kat Puncak Mutiara Cafe sangat mengancam jiwa raga..kihkih...lepas hari ni kena control balik yer...***

Tuesday, April 24, 2012

Siapakah Wanita Yang Cantik?

Wanita yang cantik ialah wanita yang :

1. Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…



1) MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2) TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4) TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6) MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih
seorang isteri dan ibu yang solehah.
7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU.....
 
Related Posts with Thumbnails