Followers

Tuesday, June 15, 2010

Lama tak bercrita.. (crita anak demam)..

Assalamualaikum..

Dah lama tak crita2 kt blog ni.. malas lak rasa nyer.. actually byk crita nak crita p spt p jln2 kt KL la (rmh kak ipar).. balik kg mkn nasi minyak la... p mkn2 la.. p ronda2 la.. (sempena cuti sekolah) tu la klu dah lama tak bercrita beginila jdnya.. syok baca blog org lain jer.. byk jugak blog yg aku suka baca.. oh ya skrg ni kan musim hujan klu petang jer mesti hujan dan klu hujan jer mesti petang... apa ni aku dok melalut.. dsbbkan cuaca beginila.. anak ku si Arfan Harith tu asyik demam2 jer.. kejap ok kejap tak ok.. susah ati jugak dbuatnya.. si Arfan tu bukan main susah nak makan ubat.. sebut jer kena makan ubat mesti cakap "Amau" (tak mau)dan terus nangis.. klu paksa jugak mesti kena pegang kaki dan tangan.. aku tukang masukkan ubat kt mulut dan kena picit hidung sket.. klu tak picit ubat tak dtelannya.. si abahnya tukang pegang kaki dan tangan.. kira susah jugak la.. siap nak muntah2 klu mkn ubat ni.. sebab tu susah lak baik demam.. satu lg klu dia demam mesti di tampal kool fever kt dahi.. tu pun susah nak tampal selalu buang jer..adakah sume budak kecik takut makan ubat?... sapa nak jawab ni..

Tuesday, May 25, 2010

Membentuk Keperibadian Anak-Anak..

Mari kita kongsi bersama panduan untuk membentuk keperibadian anak2 kita.

1)Biarkan anak menikmati kehidupannyaJangan tergesa-gesa membentuk dirinya, biarkan mereka menikmati setiap tahap peringkat umur mereka.

2) Anda perlu bersikap positif ketika dalam kesukaranSkil anda menghadapi masalah secara tenang dan terkawal "adalah" diperhatikan oleh anak. Apabila anak berkata TIDAK kepada anda, Tindak balas anda harus boleh sampai pada keadaan yang dapat menyelesaikan masalah. Elak menggunakan ugutan atau cuba menyogok anak kecil kerana apa yang anda cuba lakukan akan ditiru kemudian hari.

3) Terima anak seadanyaBantu anak kecil berbuat baik, jangan cuba mencari kesalahan mereka ataupun merendahkan kebolehan mereka. Menerima anak seadanya bermakna kita membesarkan hati mereka.

4) Biarkan anak melakukan sendiri perkara baru dan jangan banyak menegur
Dalam kebanyakan perkara biarkan anak mencuba sendiri, beri tumpuan dan bantu naikkan semangat mereka untuk berusaha, jangan takut kepada kegagalan.
Sebaliknya tabiat buruk mereka janganlah diperbesarkan (terlalu ambil kisah) walaupun anda terganggu atau sedih, kerana anak kecil akan meneruskan tabiat ini. Seeloknya jangan terlalu menegur, cukup sertakan mengawasinya sahaja.

5) Stabilakan jiwa mereka dan elak beleterKita sebagai ibu bapa haruslah stabil dan kukuh sebelum membantu anak menstabilkan jiwa mereka.
Elak beleter tidak tentu hala,kerana anak-anak pun tahu memilih apa yang hendak mereka dengar.

6) Berikan anak kecil kasih sayang tanpa syarat
Kebanyakan anak kecil takut apabila dah besar akan kehilangan kasih sayang, mereka bimbang kasih sayang ibu bapa akan luntur. Jadi jangan biarkan anak menagih kasih sayang apabila mereka besar, kerana kasih sayang sepatutnya memang milik mereka sejak dari lahir lagi.

7) Jangan terlalu bertolak ansurDalam bab agama dan membabitkan nilai .."YES".. Agar anak tahu kepentingan agama dan nilai-nilai murni patut diutamakan.

8) Ajar anak bertutur dan berfikiran sihat setiap masa
Jika emosi anak terganggu, ajarkan mereka perkataan yang baik untuk meluahkan perasaan. Jangan biarkan mereka menyimpan perasaan dan menggunakan perkataan kesat atau menzahirkan niat buruk mereka.

Semoga apa yang saya kongsikan di sini sama-sama kita dapat manfaatnya.
Related Posts with Thumbnails