Bernama |
April 01, 2016 08:16 MYT
Chuping, Perlis dan Alor
Setar, Kedah masih dilanda gelombang haba dengan suhu tertinggi masing-masing
iaitu 38.6C dan 37.9C. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seberang Perai, Pulau Pinang merupakan lokasi
terkini mengalami bilangan hari tanpa hujan selama 31 hari sehingga semalam.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata
Langkawi, Kedah mengalami bilangan hari tanpa hujan selama 45 hari manakala
Arau, Perlis pula selama 40 hari.
"Bagi bacaan suhu, secara amnya sehingga 4 petang semalam, kebanyakan
kawasan di Pantai Barat Semenanjung mencatatkan bacaan melebihi 35 darjah
celsius," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Madius berkata Chuping, Perlis dan Alor Setar, Kedah masih dilanda gelombang
haba dengan suhu tertinggi masing-masing iaitu 38.6C dan 37.9C.
Kawasan tempat akak tuuu... panas sangat ... huhuu...
Doakan semoga suhu panas melanda negara kita pulih seperti biasa...
Alhamdulillah petang Sabtu dan semalam Ahad hujan turun walaupun tidak selebat yang di harapkan.... Aamiin...