Followers

Thursday, January 11, 2018

Menu@1 : MeatBall BlacK PeppeR

Assalam..

Salam Jumaat yg penuh Barokah
Ok2.. rajin akak up citer hari ni...
bukannya apa baru lepas bekfast roti telur..
semangat terus akak.. 
hehe


citer akak nak tempek di sini pun bukan kisah kebabom pun...hihii
kisah menu dinner semalam..
permintaan en suami dan anak2 je..
nak makan meatball blackpaper air tangan mama sendiri.. hahaa
boleh jer... senang di masak sedap di makan...
meatball dan fries dah ada dalam peti ais..
keluar siap goreng jer...
masak kuah black papper...
siapppp....:)

atas permintaan rakan blog akak letak di sini resepi black pepper sos yang akak ikut..
 selamat mencuba ye..
hehe..

 SOS BLACK PEPPER 

Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
2 sb  tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
2 kotak kecil susu rendah lemak
2 sb mentega
klu nk letak cendawan pun boleh
nak letak sosej potong pun boleh

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan susu.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.



meatball black papper sos dan fries je.. 
itupun dah ada permintaan nak mama masak lagi weekend ni...hahaa



Nota: selamat berhujung minggu u all... muah2

5 comments:

  1. Nampak pekat kuah tu. sedapnya . ala ala ikea gteww

    ReplyDelete
  2. Salam owner blog Adar Nadzmie. Mohon update Blog List. Saya dah masukkan blog Adar Nadzmie kat blog list Rahsia Melancong.

    ReplyDelete
  3. share laa resepi kuah black pepper tu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dh edit letak resepi black pepper sos.. try tau...

      Delete
  4. Menarik jugak tu .... kalau tambah cendawan butang mesti lagi pergh!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails