Assalamualaikummmm...
Akak tengah terjebak dalam pencarian kain pasang cotton yang cantik dan murah untuk buat baju raya untuk tahun ni.... sekarang ni tengah servey mana web, fb dan kedai kain yang ada jual kain pasang cotton....
banyak juga yang jumpa corak yang cantik2 namun tak der stok jer memanjang....huhuuu.... korang ada ke tahu kat mana bole dapat kain pasang cotton yang cun dan harga yang baikkkk punya....:)
Tengah akak dok tinjau2 dapat la info pasal kain pasang jenis cotton....
harap2 dapat membantu dalam pencarian akak yang belum kesudahan ini....muahahaaaa....
Antara keistimewaan kain cotton
-------------------------------
1. Kelebihan : 100% pure
cotton
Faedah : " Kain cotton ini
merupakan fabrik 100% pure cotton tanpa campuran bahan lain seperti Polyster,
Viscose, Satin dan sebagainya. Kandungan cotton yang padat pada kain ini akan
memberikan kita keselesaan yang lebih tinggi. Bahan organik ini juga akan
memberi pengudaraan yang baik apabila siap dijadikan pakaian nanti. Sudah tentu
ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur "
2.
Kelebihan : tenunan benang
"40 x 40"
Faedah : " Kain cotton ini
ditenun begitu baik sekali dengan tenunan benang: 40 x 40 melintang dan menegak
(istilah tenunan kilang). Kain tidak terlalu jarang dan tidak terlalu nipis. Ini
membantu kita lebih yakin menggayakan pakaian dari kain jenis ini berbanding
yang lain. Tambahan pula, tenunan begini memudahkan kerja memotong dan menjahit
nanti. "
3.
Kelebihan : Tidak keras dan mudah diuruskan.
Faedah
: " Kain cotton ini lembut dan tidak kasar permukaanya. Kita akan lebih mudah
membasuh dan menggosok nanti. Fabrik jenis ini tidak berkanji dan tidak mengecut
teruk seperti yang ramai orang risaukan. Apabila siap dijadikan pakaian, ia juga
tidak mudah renyuk dan berkedut, memang selesai dan nyaman dipakai.
"
Antara soalan yang sering ditanya, kain ni english
cotton ke?.. Japanese cotton?..
Perkara yang anda perlu tahu
mengenai fabrik cotton. Sebenarnya English cotton, Japanese cotton atau Vietnam
cotton itu hanyalah nama bagi fabrik cotton yang bercorak
English/Japanese/Vietnam. Kadang-kadang nama itu diambil sempena atau merujuk
kepada tempat asal sesuatu fabrik tersebut dikeluarkan.
Viscose cotton, satin
cotton dan silk cotton itu, barulah merujuk kepada jenis-jenis fabrik cotton.
100% pure cotton bermaksud fabrik tersebut diperbuat daripada 100% cotton dan
tiada campuran dengan bahan fabrik lain seperti viscose, satin, linen, nylon dan
lain-lain fabrik sintetik.
Nota:
Apabila rakyat Malaysia ke Vietnam. Mereka akan membeli
dan memborong kain-kain pasang di sekitar pasar Ho Chi Minh kerana harga kain
pasang kat sana sangat murah, sekitar RM20-RM30 sahaja tak termasuk cukai import
dan kos shipping ke Malaysia.
Tapi itu hanyalah kain
cotton kualiti biasa kerana itu semua adalah cotton campuran dengan bahan fabrik
lain seperti satin, polyster, viscose dan lain-lain.
Tahukah anda?
Kawan-kawan, kain cotton ni banyak jenis. Sama mcm
beg tangan Gucci, banyak gred, ada yg original, ada jenis one to one, ada jenis
AAA dan ada gred pasar malam. Setiap kualiti adalah berbeza, sebab tu harganya
pun berbeza.
Kain
cotton yang berkualiti tinggi. Kain tidak mudah
renyuk, tidak kecut teruk dan warnanya juga tidak mudah luntur bila dibasuh.
Walaubagaimana pun, jika kain cotton tidak dijaga dengan baik atau cara basuhan
yang tidak sesuai ianya akan menyebabkan gentian kain cotton anda mudah rosak
dan akan menjadi kecut teruk bila dibasuh.
Tips untuk memelihara dan menjaga kain
cotton:
1. Anda digalakkan untuk
basuh dahulu kain sebelum dihantar untuk dijahit. Cukup sekadar celup seketika
di dalam air, kemudian jemur.
2. Anda digalakkan untuk
basuh menggunakan cucian tangan. Sekiranya menggunakan mesin basuh, guna cucian
lembut
3. Jemur di tempat yang redup. Untuk mengelakkan
kedutan, anda digalakkan untuk mengibas dan menterbalikkannya terlebih dahulu
sebelum digantung di hanger.
4. Elakkan dari
menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang tinggi atau bahan
peluntur
5. Elakkan dari basuh kain cotton anda menggunakan
mesin semi auto kerana ianya akan merosakkan gentian kain
anda.
6. Gosok menggunakan suhu seterika yang
sesuai