Followers

Sunday, March 30, 2014

Nasi lemak Ikan Masin...

Asalamualaikum...

Selamat Hari Isnin semua... no moody2 ye... kasi happy2 ok.... hari mari kita mulakan dengan acara tayangan breakfast masing2 ye.... bekfast akak hari ni ialah nasi lemak ikan masin.....

tadaaaaaa...


comel takkkk.... sedap takkkk.... mesti la sedappp.... makcik2 buat pasti sedap....hehee... nasi lemak feveret akak ni... nasi lemak ni hanya bole beli di depan sekolah anak akak jer.... pagi2 cik abang akak hantar anak mesti akak suruh beli dalam 2 kali seminggu.... tak la setiap hari...hehe... boleh naik badan kalau makan hari2...hahaaa.... murah jer 70 sen sebungkus... tengok jer kecik macam tu... kalau dah runtuhkan nasi tu bayak jugak...bole kenyang sampai ke tengahari... silap2 sampai petang....macam tu le....

bukan sebungkus jer akak beli tapi 2...hahaaaa... dasar perut apa tah akak ni.... so malam ni kita diet ok....muahaahaaa....

 sebungkus sudah lenyap dalam perut...tinggal satu jer lagi....tunggu yer nasi lemak ikan masin....akak pasti mencari mu nanti....hihiiii

jom kita gi buat keja... jangan nanti berlemak sudah....:)

Wednesday, March 26, 2014

Nama2 Rasul kita.....

Assalamualaikummm

Hari ni akak just nak kongsi  Nama2 Rasul kita.... 
kot2 ada yang lupa.... hihiii...
macam akak le tu.... hahaaa...kantoi.... 



Sila baca macam nada nasyid tu yer kawan2....:).....

Tuesday, March 25, 2014

WW : Allyssa...:)o








Apa2 aje la ko dik oii.... apapun mama cayang kamu....muahhhhh :)

Monday, March 24, 2014

Pengakhiran MH370....

Assalamualaikum....

Penantian MH370 dengan penuh debaran.... 
Doa mengiringi pencarian MH370..... 
namun pengakhiran MH370 amat memilukan..... 
kita semua hanya mampu berdoa agar keluarga penumpang dan anak2 kapal MH370 tabah menghadapi situasi menyedihkan ini..... 




Sedih...pilu.... terharu....
moga redha dengan ketentuan Allah S.W.T..... 
Alfatihah dan salam Takziah buat semua penumpang dan anak2 kapal MH370....



Thursday, March 20, 2014

Perkongsian hari Jumaat yang Mulia...

Assalamualaikum....

"Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:

Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”
Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”
Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”
Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”
Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”
Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”
Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Atheis menjawab: “Tentu sekali.”
Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.
Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”
Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”
Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.
Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”
Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”
Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”
Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.
Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.
- Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari -

Pencinta Rasulullah(saw)

Wednesday, March 19, 2014

Potluck wing kiri....

Assalamualaikummmm....

Hari ni tak berapa ada mood nak update blog.... tapi nak jugak cerita pasal portluck wing kiri ofis akak.... nape yer dinamakan wing kiri.... ofis akak ni ada byk bilik...so bilik akak join tu dinamakan Wing kiri...dan sebelah sana Wing kanan...boleh gitu....hehe....

Makan2 kami hari ni sempena ahli bilik wing kiri nak bertukar ke Puterajaya.... so buat la makan2 untuk kali terakhirnya dia di sini....huhuuu.... masing2 bawa sorang sikit.... banyak jugak sampai buncit perutnya..... akak sudah tawaf 2 kali makan.... itu belum masuk time lunch lagi....kihkihhh.... dasar perut stokin kot....hahaaa....

Meh la kita jamu mata ye nengok menu2 portluck kami.... :)-

kari telur bersama kacang parpu, kacang panjang dan ubi kentang....

Ayam goreng itam, sambal sardin dan Telur gulung sosej....

Karipap, Ayam masak kicap dan salad timun dan bunga kobis...

Ayam golek...masa ni belum masak lagi... tunggu pressure cooker tak sampai lagi nak masak....hihii

Ni jer yang sempat ambik gambar....yang lain ada lagi....

cubaan nak buat bintang dari geng wing kiri.....hahaaa...

Nota: minggu depan anak2 cuti sekolah ye...kita pun tumpang gembira.... so kemana korang semua... pegi holiday ke???.... akak balik kampung jer kot.... abah akak dan mak mertua akak tak berapa sihat.... balik kampung jer la.....

Tuesday, March 18, 2014

Lagi Kisahnya MH370..........

 Assalamualaikum....

Akak just nak kongsi ngan kawan blogger kisah MH370.... sudah masuk hari ke 12 misteri kehilangan MH370... hari ni akak tertarik dengan pendedahan bekas ketua Juruterbang MAS yang akak terbaca di FB....harap dapatla sedikit sebanyak membantu dalam misi pencarian MH370....

 

"Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain : Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370

kapten nik huzlan
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain (Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370) : Berita CNN adalah tidak boleh dipercayai sumber!!! Siapa kata?
Inilah dia figura yang cukup penting mendidik rakyat Malaysia serba sedikit disebalik tragedi dan insiden MH370 melalui temuramah di Berita Astro Awani Berita Buletin Tv3, NTV7. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines).

Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain

  • Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahun
  • Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines
  • Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton
kapten nik ahmad huzlanBerita Semasa cukup tertarik dengan penerangan Datuk Kapten Nik Huzlan. Datuk Kapten Nik Huzlan berjaya menjawab persoalan dengan jelas dalam bahasa & analogi yang lebih mudah untuk difahami lebih-lebih melibatkan aspek teknikal.
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan bersama dengan pembaca BS antara pendedahan yang dilakukan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mengenai perkembangan MH370 yang terkini. Terbaik!

Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

  • Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
  • Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
  • MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
  • Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.
  • Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
  • Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
  • Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan
  • Berita Semasa tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Kapten Nik Huzlan, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.
  • Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.
  • Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
  • Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.
  • Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang

Lagi Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain : MH370 Dirampas (MH370 Hijacked)?

  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
  • MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando
  • Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar
  • Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.
  • Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas)
  • Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ade masa untuk bersedia menghantar isyarat kecamasan.
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 hijacked (Mh370 dirampas) oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara
  • Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370 jika Mh370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika Mh370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu lautan hindi, baru kata kapal terbang Mh370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat Mh370 ini.
Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.
Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian"....

Nota: Marila kita semua doakan semoga Allah S.W.T mempermudahkan usaha pencarian Pesawat MH370...Aminnn 

Monday, March 17, 2014

Ronda2 Jambatan Ke2 Pulau Pinang.........

Assalamualaikum....

Salam Selasa kita semua.... Harap2 semua ada sihat ok.... Akak alhamdulillah... Bangun pagi tersa sejuknya sebab sekarang ni hujan sudah turun membasahi bumi setelah sekian lamanya.... alhamdulillah pagi ni kabus menyelubungi kawasan tempat akak.... sebelum ni diselubungi jerubu jer....huhuuuu...

Ok hari ni nak ceritera pasal aktiviti kami pada hari sabtu lepas.... ronda2 Jambatan Ke2 Pulau Pinang.... tak sah kan kalau tak pergi ronda2 tengok2 jambatan baru.... lagipun free sebulan... naik la berapa kali korang nak....hehe....

Share sedikit info pasal jambatan ke2 PP...:-
Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah  ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di pulau, Pulau Pinang. Jambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.[3] China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) pada awalnya dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan pada November 2007 dan dijangka siap pada 2012, namun ia hanya bermula pada November 2008 dan siap pada Februari 2014.[2] Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China.[5] Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.[3]
Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong.


Marila kita tengok gambar Jambatan Ke2 PP yang sempat akak sempat ambik ni.... itu pun ambik dari dalam kereta je.......:)
















Habis jer tengok panorama2 Jambatan Ke2 Pulau Pinang...meh la tengok aksi kami bergambar.... hehee...bergambar dalam kete jer la....


Lyssa ngan spek mata...pakai tak mo buang koo...hihi

sambil2 tu sempat posing...

Anak2 teruna akak mana mo bergambar sekarang ni.... buat muka tido kalau nak ambik gambar....

Cik Abang akak....tq laling bawa mama ronda2 yer....:)
 

Tuesday, March 11, 2014

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS...

Assalamualaikum...

Hari ni sebenarnya tak der mood nak update....tapi nak update jugak.... so terhasil la copy n paste info pasal lipas ni.... moga jadi panduan untuk kita bersam-sama....











"Apabila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar."
 




Note: Misteri Kehilangan MH370... bila kah persoalan ini akan terungkai.... Doakan MH370... aminnn





Sunday, March 9, 2014

Doa.... Pray 4 MH370

Assalamualaikum...

Marila kita mula kan hari Isnin dengan bacaan Bismillahirohmanirrohim dan Al-Fatihah....

Mari lah kita sama2 doakan kesejahteraan kedua ibubapa dan keluarga kita serta Keselamatan Pesawat

MH370....Aminnn
 






Semoga Diberi petunjuk Oleh Allah S.W.T.....

Thursday, March 6, 2014

demam berjemaah...

Assalamualikum...


2 hari akak EL...
hari ni baru masuk keje.... 
anak-anak demam... 
mulanya Adam... 
lepas sehari tu si Arfan pulak... 
malam nya si Allyssa pulakkkk.... 
tak keharuan akak dibuatnya.... 
masing2 anak2 dapat dua hari MC.... 
Alyysa tak der la MCnya... 
sebab tak sekolah lagi...hihi... 
hari kedua bawa semua sekali pergi jumpa dokter...
risau gak kan... takut demam nyamuk tuttt.... 
takut akak nak menyebutnya...
lagipun sekarang ni musim panas kemarau.... 
udara tak elok...
berjerubu dan berhabuk....
hari ni anak-anak akak dah baik demam dah cuma ada batuk-batuk jer....
harap ok la sepenuhnya....
yang tak bestnya akak pulak yang rasa semacam jer badan ni....
 tekak macam perit jer.... 
rasa nak demam je...huhuuu...
kena telan ubat demam la jawabnya.....(dah la susah nak telan ubat)...:(


 

Monday, March 3, 2014

Hadiah Katanya...

Assalaamualaikum...

Kemarin macam biasa la time lunch balik ambik anak akak Arfan dari sekolah... Kalau balik dari sekolah mesti kena singgah gerai depan sekolah beli koko crunch yang bungkus kecik macam tu.... dalam tu ada la dapat toy kecik2 seperti kereta.. helikopter... kapal terbang dll la... kemarin beli dapat la satu hadiah yang belum pernah dia dapat.... apa lagi Arfan datang jer pada akak sambil bercakap

" Mama ini da hadiah untuk mama"...sambil tunjuk sesuatu pada akak... akak tengok jer terus cakap...

"wahhhh cantik...adik dapat yer..bagi mama ke?"....

senyum jer arfan masa tu....sambil suruh akak pakai....hehe

Hadiah Katanya....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 Cincin Berlian kata engkau....heheee

 
Layan jer la mamanya pakai cincin berlian hadiah dari anak hari ni....muahaahaaa
 tq lalinggg mama...:)


Related Posts with Thumbnails