Followers

Thursday, February 27, 2014

Wednesday, February 26, 2014

FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN............



Assalamualaikum...
Hari akak nak share tentang satu Fakta Menarik Tentang Haiwan... akak dapat email ni tadi... sambil membaca sambil senyum sebab macam kelakar la pulak...heheee
 
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu
(dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?
Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka
(dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam,
lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai
Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)
1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.

15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun

28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

31) Buaya pula tidak boleh mengundur.

32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.

33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri..



* Macam lawak la pulak bila dpt tahu sifat2 haiwan ni.... siapa la bijak pandai sangat ni....

Tuesday, February 25, 2014

# Rabu tanpa kata # ..



  Buat kenang-kenangan kata koooo..... kebetulan tgk kat meter kereta kesayangan akak ni cantikk punya angka terus amik fon snap....hahaaa... :)

Monday, February 24, 2014

Stok kali ke 2...

Assalamualaikum....

salam selasa yer kengkawan blogger semua.... kejap je yer...huhuu..
hari ni nak story pasal stok kali ke 2.... apa yer maksud tajuk akak ni.... just nak story pasal stok pencel, gam dan pemadam sekolah.... tak termasuk alatan yang lain...... maklum ler anak akak kan darjah satu tahun ni.... tiap2 hari bila check beg sekolah tengok pencel box...mak aiii makin sikit jer alatan tulis menulis anak akak tu... sedih mak ni nakkkk..... setiap hari jer ada alasan yang hilanglaaaa...tertinggallaaaa..... kawan ambiklaaaaa.... macam2 lagi alasan... baru jer 2 bulan sekolah.... macam mana yer lagi 10 bulan...huhuuu...boleh buka koperasi sekolah la akak ni....heheeee....

kali ni malas dah akak nak beli banyak2 sekali gus.... kalau lagi banyak stok kat rumah lagi la banyak yang hilangnya...... stok yang selalu sangat hilang ialah seperti di bawah....



Pencil, gam dan pemadam...






nasib baik stok ruler, sharpener dan gunting ada lagi....kalau tak penuh plastik akak kena borong....sabor je laaaaa.....




Sunday, February 23, 2014

Arfan training Bola Sepak...

assalamulaikum

Hari ini nak citer pasal anak ke 2 akak Muhammad Arfan Harith trainning bola sepak.... umur 7 tahun darjah satu... minat sangat dengan Bola sepak... kaki memang tak dok diam... nak sesaja sepak dan lompat... kadang2 tu pening tgk dia duduk tak bole diam... dalam rumah pon bole sepak bola... rumah dah le tak besar mana tapi dapat jugak lepas gian nak sepak bola... siaran bola kat Astro dia saja yang layan.... fanatik sangat Bola sepak.... masa umur 6 tahun Arfan pernah mewakili tadika dan berjaya menjadi naib juara.... 

Masa perdaftaran darjah satu awal tahun baru2 ni... akak ada daftar dia masuk pasukan bola sepak untuk darjah satu.... trainning pada hari setiap sabtu dan ahad (mula bulan Feb 2014).... so layan jer la hobinya itu... :)

kemarin Ahad dan Sabtu ada trainning untuk untuk pemilihan.... berangkutla kami anak beranak ke padang untuk memberi sokongan... caiyoooo Arfan caiyoooo....

Sebelum trainning bergambar dulu....

tak sempat nak snap gambar dah lari ke padang... coach panggil katanya...

sebelum mulakan latihan...



go caiyooooo.....



Mari la kita melihat aksi2 Allyssa sambil menunggu si abang main bola... dia pun nak jugak bermain bola.....  


cubaan nak buat peace yoooo....

nak juga pegang bola.... nanti mama ajar adik main bola jaring yer....

tak padan ngan kecik... nak angkat bola pun tak larat...hihiii


Lepas ni hujung minggu kami ke padang bola jer la....huhuuu.... sabor je la....

Wednesday, February 19, 2014

Sarapan Pagi...

Assalamualaikum....

Selamat Hari Khamis semua....

Hari ni tah dapat mood rajin nak update pasal sarapan... selalu akak ni jenis makan tak memilih sangat apa yang ada depan mata boleh jer.... hari ni lapar sangat kot sampai boleh bedal 2 menu sekali... roti bakor calit jem strawberi dan nasi lemak singgit....



Betol la malam semalam tak ambik makanan berat sebab tu la pagi ni boleh pulak makan banyak....hihi.... korang semua jangan tiru macam akak ok... sekali sekala jer akak buat perangai makan macam ni...hahaaa....

Korang sarapan apa yer???....




Tuesday, February 18, 2014

#rabu tanpa kata#...Allyssa tido tenganga molot....





gambar pagi tadi... heheee... nasib baik lalat tak masuk mulut... rambut serabai... senyum je la....

Monday, February 17, 2014

Berita sedih...Alfatihah...

Assalamualaikum...

Hari ni akak dikejutkan olah berita yang sangat sedih... anak kawan akak meninggal dunia dikatakan sesak nafas... meninggal di rumah pengasuh..... baby tu baru berusia 3 bulan...kira baru je lepas pantang dan ibunya baru jer masuk kerja.... sedih bila kita mendengar berita berkaitan anak2 kecil ini....

Kebetulan pagi tadi akak terbaca berita ni kat surat khabar di ofis akak.... bila baca je berita tu tengok nama si ibu dan bapa baby tu terus macam kenal jer.... baca lagi dan confirm kawan akak.... terus la akak buka facebook kawan akak tu... memang betul la tekaan akak....ramai kawan2 kami dah post ucapan takziah pada kawan akak tu.... memang berat mata kita yang memandang dan melihat...tetapi berat lagi bahu kawan akak tu menangggung kedukaan dan kesedihan.... berat sungguh dugaan kawan akak tu.... kita hanya mampu berdoa dan marilah kita sedekah kan Alfatihah....Aminnn

Semoga kawan akak tu tabah menghadapi ujian ini.....



Note: Alfatihah buat Arwah Iman Muazz.... Tempat mu di Syurga....


Monday, February 10, 2014

bowling day...

Asalmuaalikum...

Hari tu ada update akak main lawan bola jaring... hari ni nak update akak lawan bowling pulak.... minggu lepas hari khamis kami ada pertandingan bowling lawan antara jabatan di ofis akak.... kira ni game kedua la yang akak sertai untuk pertandingan piala mahabbah PSP.... kalau ikut tu banyak juga permainan yang di pertandingkan spt Bola jaring, bola tampar, badminton, futsal dan bowling... akak sempat sertai 2 jer... yang lain tak mo penat dan badan dah tak larat....huhuuuu.... masuk ni pun kena paksa jer.... mana nak reti main bowling gini... lama dah tak main dan practise.... tiba di bowling centre terus baling2 jer bola tu.... nasib baik tak jadi juara.... bukan juara yang paling banyak jatuhan pinnya...nasib baik bukan jugak juara longkang...heheeeee....

Apa-apapun akak tersangat la enjoy hari tu..... main suka2 je pun.... lagipun dapat jugak hilangkan stress bekerja.... sambil2 tu dapat la kami mengeratkan hubungan sesama staff....

moh layan gambar2 akak yang tersangat la tak der gaya main bowling ni....muahahaaaa....

apapun sebelum sesi baling membaling mohh kite bergambar dulu... group akak....:)

giliran akak ni.... nerves gila time ni.... tgk orang sebelah baling dulu...hihiii

ceahhh...gaya apa ni.... kihkihhhh


round kedua.... pin tak jatuh abisss daaaaa...:(
apapun sblm baling kita pose sedassss.... hihiii....


result kami... boleh la... bukannyer reti sangat mainnya....



meriah kami semua hari tu..... menang sorakkkkk....





macam nak main je lagi bila tengok balik gambar2 ni semua.... tengokla bila time cuti2 boleh ajak anak2 main.... dah cukup satu kumpulan 5 orang.... akak, hubby, adam, arfan dan allyssa... macam mana ok tak???.....hahaaa


Tuesday, February 4, 2014

Anak Dara Akak...

Assalamualaikum...


Lama bebenor tak update ceritera pasal anakdaraintanpayungmanjauchuk akak si Allyssa .... 
kejap jer udah genap 1 tahun 4 bulan umurnya hari ni.... 
alhamdulillah makin besar... makin cerdik.... makin banyak akal... makin dan makinnnn...heheee...
penat layan feel Allyssa ni tau.... penat2 pun mama tetap cayang mu dikkk...:)

Allyssa sekarang ni dah pandai merajuk...klu merajuk siap buat muka sedih...lepas tu tunduk jer muka....comel la sgttt.... jugak pandai buat perangai manja gitu.... manja ngan abahhdan abang2nya.... klu datang manjanya lentok abis kepala kat akak.... heheee... senyum memanjang...

Allyssa jugak sudah tahu marah... kalu marah tu jerit je kerja nya... kalau tak dilayan kat situ jugak dia jerit tak abis-abis.... heheee... feel ikut sapa le tu dik oiii...

meh tengok gambar Allyssa di kampung semasa balik raya cina baru2 ni.... mana mau tengok orang dok snap gambar dia....tak layannya... hahaa










 
Mama cayang adik ketattttketatttt...muahhhh


Related Posts with Thumbnails