Followers

Thursday, June 20, 2013

KuaSa SenYuMan..........

SEKUNTUM senyuman yang kamu lemparkan mampu untuk menceriakan kehidupan insan lain.
 Betul, hanya dengan berbekalkan sekuntum senyuman sahaja.


Kamu juga akan mendapat manfaat yang pelbagai untuk kesihatan hasil daripada senyuman kamu itu. Senyuman bagaikan satu senaman dalaman yang dapat merangsang sistem saraf otak, hormon dan tubuh kamu.

Jadi, jika kamu ingin sentiasa tampil sihat dan bertenaga, berikan senyuman kamu yang paling manis buat mereka yang berada di sekeliling kamu dan teruskan membaca!

10 sebab mengapa kamu perlu senyum

Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi, ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.

Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.

Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan merengangkan otot di hujung mulut dan di sekeliling mata.

Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respons daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.

Penyelidik Jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi raut wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.

Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.

Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira.

Tahukah kamu, apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.

Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gerakan
otot pada saluran pencernaan) usus masih perlahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.

Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.



Tuesday, June 11, 2013

Kongsi Info : SERANGAN JANTUNG & AIR PANAS


Sebuah artikel yang sangat baik dan hanya mengambil masa dua minit untuk anda membaca.

Serangan Jantung dan Minum Air Panas.

...
Tidak hanya sekadar air panas selepas makan, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Minuman teh panas Cina atau Jepun selepas makanan dan bukannya minum air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa atau selepas makan.

Bagi mereka yang suka minum air batu, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Minum air batu selepas makan memang menyegarkan. Walaubagaimanapun, air batu akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Akibatnya akan berlaku 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Dalam masa yang singkat, ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada berlakunya kanser. Langkah yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung ...

Nota penting tentang serangan jantung – Awas! Anda perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati dengan kesakitan yang teramat sangat pada bahagian atas dada.


Anda mungkin tidak mempunyai sakit dada semasa serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur tidak bangun. Kesakitan pada rahang boleh bangunkan anda dari tidur yang lena. Marilah kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup ...

Kardiologi A berkata, jika semua orang yang membaca pos ini berkongsi kepada 10 orang rakan, anda yakinlah bahawa kita akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Baca & Hantar kepada rakan. Ia boleh menyelamatkan nyawa... Jadi, sila menjadi rakan yang baik dan berkongsi artikel ini untuk semua kawan-kawan anda, anda mengambil berat tentang jantung anda.

Tapi janganlah lupa hidup dan mati adalah ketentuanNya jua.

Note: Baru kemarin dulu... berita suami kepada kawan sekolah akak dulu meninggal dunia katanya sebab serangan jantung... alfatihah buat arwah...

Monday, June 10, 2013

Bersantai di Pantai Merdeka....

Assalmualaikummm...


Cerita bersantai di pantai Merdeka ni berlaku hujung bulan April lepas...
tarikh tah lupa pulak... seingatnya saja jer nak jalan2 sambil makan mee udang kat Pulau Sayak...
sebab dah dekat jer Pantai Merdeka ngan Pulau Sayak so kita bersantai sambil makan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai....
plan tak nak main-main air sebab petang dah tahu air laut mesti pasang....
just riadah sambil makan kepok lekor goreng jer....
hampar tikar atas rumput...
sambil2 tu Adam dan Arfan main bola dengan en.hubby....
matahari berlabuh sedikit baru la kita posing sekeping 2 di tembok tepi pantai...hehe

mai tengok keindahan pemandangan ciptaanNya yang cantik... indahhh....


Lepak atas rumput...



Seronok mian bola....:)

Weekend memang ramai oarang datang santai kat sini...




nampak tak gunung jerai di sana....


air pasang sampai ke atas... selalunya boleh mandi kat bawah tu....


ada juga yang memancing ikan....

foto ngan Allyssa...abang2 tak mo posing.... huhu
Note: Hari ni Allyssa dah ada simpton demam, batuk berkahak... jangan berpanjangan sudah yer dik...
Related Posts with Thumbnails