Followers

Wednesday, December 28, 2011

Sekadar berkongsi…..


1- Berzikir kepada Allah SWT ketika bangun daripada tidur.

2- Menutup aurat.

3- Menyempurnakan wuduk.

4- Menunaikan solat tepat pada waktunya.

5- Merasa tenang terhadap janji Allah SWT dalam urusan rezeki.

6- Qanaah ( menerima apa yang ada ).

7- Tawakkal ( berserah segala urusan kepada Allah SWT ).

8- Sabar menerima taqdir dan hukum Allah SWT.

9- Bersyukur terhadap nikmat Allah SWT.

10- Makan yang halal.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 901.
~PERIBADI RASULULLAH~

Monday, December 26, 2011

cuti krismas kami.....

Assalamulaikum...

Lamanyaaaa akak tak berblog kannnn...hehe... cuti punya pasal blog pun bercuti2 jugak... tah ler rasa mood nak menulis pun down... tu la ujung tahun ni banyak sgt benda nak kena buat.... cuti amik seminggu.... datang keja lak demam... anak2 pun sama demam jugak... lepas sihat sikit masuk keja ada kematian bapa saudara di kampung.... balik kampung pulak satu hari.... datang keja kena kursus pulak 2 hari.... lepas tu cuti krismas.... hari ni baru nak update blog... tu pun curi2 masa.... haha... boleh ke gitu.... ala sket2 ja kan.... sian blog suam-suam kuku akak ni.... hehe.....
saja arr nak bagi idup balik blog akak ni.... kasi la cerita pasal aktiviti kami anak beranak cuti sempena krismas.... tak kemana pun cuma ronda dekat umah jer.... tak sah ler kami klu tak terjah sopin komplek berdekatan.... hehe..... hari pertama gi sunway carnival mall.... hari kedua gi jalan2 tepi pantai...balik dari pantai singgah tesco jap.... tu jer acara jalan2 kami....

Ke sunway carnival mall untuk menjamu piza hut.... hehe... ramai orang hari tu... cuti krismas kan... servis agak kalut sket...hehe... apapun piza tu memang best sgt....



anak abah....



anak mama.... blur sket sbb arfan yang snap...


arfan with ice cream... tu jer yg dia makan...



piza2 kami...


satu lagi menu yang arfan suke... piza dia x layan langsung....

aksi arfan.... mcm2...hehe





hari ke2 gi ronda n lepak tepi pantai jer....makan laksa penang n nasi ayam... lepas tu pegi sopin kat tesco.... 


arfan dan adam dah nampak lain kan... sebabnya balik dari makan piza kami gi kedai mamak potong rambut... kira rambut tahun baru le tu...hehe




sempat berposing kami anak beranak.....hehe

Thursday, December 22, 2011

Sekadar berkongsi…..

Subject: Berdoalah Sewaktu Bersujud

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"



KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."



KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski! p! un aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.

Tuesday, December 13, 2011

RaBu TaNpA KaTaKu.... 1st Cek FrOm Mr.NuFF....


walau pun ciput jer... namun akak sukeee bangat....muahaaahaaa.... tenQ mr.Nuff... nanti kasi lagi yer...

Monday, December 12, 2011

Sunday, December 4, 2011

hati berbunga riang...

Assalamualaikum...

5/12/2011 sudah kita yer.... kejap jer dah nak abis tahun.... lagi 25 hari lg... camner semua dah ada azam tahun baru ke???... ke azam tahun lepas belom tercapai...hehe... tak per pelan2 kayuh yer... akakkkk??? macam besa la azam tahun lepas kena transfer ke tahun depan.... insyallah.... lupa lak nak tanya u all cuti sekolah ke mana???... dengar ramai yang bercuti2 malaysia... hehe... akakkkk??? tak der lagi pun plan... cuti makan kenduri banyak ler...ada gak plan nak pegi jalan ke Terengganu ujung bulan ni... pergi urusan meminang dan sambil2 tu bermakan angin yer...ahakkk...

Cerita hati berbunga riang akak ialah  insyaallah Mak dan Abah akak akan balik dari mengerjakan haji setelah 50 hari berada di tanah suci Mekah... insyaallah esok 6/12/2011 pagi pukul 6.40 pagi mereka sampai ke airport Penang.... so akak bercuti panjang dari esok bawa ke ahad.... muahaaahaa....apalagi balik kampung lalala... petang ni kakak dan adik2 akan berkumpul dan bermalam di rumah akak untuk pegi menyambut kembalinya mak dan abah akak..... rindu tak terkata pada mereka....
Insyaallah semoga mereka sihat2 hendaknya......

Thursday, December 1, 2011

Sekadar berkongsi…..


“Hari ini, dengan wang anda mampu membeli apa sahaja yang bernilai di dunia, tetapi dengan wang anda tidak dapat membeli syurga Allah yang tinggi nilainya”

“Hari ini anda makan dan minum sesuka hati di dunia, tetapi suatu hari nanti anda pula akan dimakan oleh ulat, ular dan binatang dalam kubur setelah meninggal dunia”

“Hari ini anda sayang kepada anak, isteri, ibu bapa dan keluarga setiap ketika, tetapi suatu hari nanti anda akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya”

“Hari ini anda mampu memakai pakaian yang cantik dan mahal harganya, tetapi suatu hari nanti anda hanya mampu memakai sehelai kain putih sahaja”

…Adakah anda bersedia pada hari ini... untuk hari itu?!!


Related Posts with Thumbnails