Followers

Tuesday, September 27, 2011

WW - Adam with songkok raya merdeka...

Songkok raya merdeka jahit terbalikkk... kihkihhh... sudah jahit baru perasannnn...




Monday, September 26, 2011

nasi goreng budak2....

Assalamualaikum....

sajer je wat n3 pagi2 ni nak tunjuk nasi goreng budak2 yang saya masak pagi2 tadi... buat tuk anak2... last2 depa tak nak la pulakkk... nak roti canai jugakkk depa berdua tu.... mama kena la bawa mai ofis makan...hehe...

see nasi goreng budak2 ni... apapun sedap gak laaa.... hehe

Sunday, September 25, 2011

Novel:Bicara Hati..

Assalamualaikummm...

Ini alkisah pasal novel "Bicara Hati" yang sudah saya baca separuh di online... memang beshhh laaa... saya ni antu novel jugak... klu baca mesti tangkap nangis leleh punya... sentimental lebih.... baca online pun boleh nangis cam ner la klu novel segedabak tu ada depan mata... leh meraung di buatnyaaa... hehe... buat malu kat anak2 jer.... kihkih.... apapun mesti terjah kedai buku untuk cari novel idaman kalbu ni... haha... sapa2 dah baca novel ni???....


Bicara Hati
enlarge

Sinopsis "Bicara Hati"..

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia...
** dengar2 berita novel ni akan dijadikan filem...**

Wednesday, September 21, 2011

Guna Lif Untuk Naik Gunung Kinabalu

 Assalamualaikum...

Pagi khamis yg indah masuk keja terus buka outlook (email)... belek punya belek terpandang la email ni...... dari kelabjutawan....bikin cerita pasal daki gunung kinabalu naik lif ajaib...... awal tu tak faham jugak... bila baca sekali lagi... faham le.... cerita pasal nak kaya cepat... tetapi perlukan cara yang betul... hehe.. betul ke??? entahlah labu....



Tersebutlah kisah kejadian yang berlaku sekitar tahun 2010-


Ali & Abu ialah dua sahabat baik.

Satu hari Ali datang ke rumah Abu
membawa sekeping risalah.

Ali : "Abu...aku ada berita baik ni..."

Abu : "Berita apanya?"

Ali : "Aku dapat iklan ni la...pakej ke puncak gunung
kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib'
dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."

Abu : "Wow!...hebat tu...kan kita dah lama berangan nak
daki Gunung Kinabalu...apa syarat2 dia?"

Ali : "Tak ada apa2 syarat la...bayar seorang RM100 aje
ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download
tiket dan terus pergi ke sana..."

Abu : "Apa lagi...jom la...peluang baik ni..."

Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap
orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download
tiket dari internet.

Di Kaki Gunung Kinabalu...

Ali : "Yeah...kita dah sampai akhirnya.."

Abu : "Apa lagi...jom kita cari pihak penganjur tu...
aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni..."

Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan
kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.

Ali : "Aduuuhhh!!...apa cerita ni...tak jumpa pun lif ajaib tu.."

Abu : "Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni.."

Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..

Pakcik : "Anak berdua ni...mesti nak cari 'lif ajaib' kan?"

Ali : "Ye la Pakcik....Pakcik ke penganjurnya?"

Pakcik : "Pakcik bukan penganjur...tetapi pakcik tinggal di kawasan ni"

Ali : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' tu?"

Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu
 dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib'
 yang tidak wujud sebenarnya..."

Ali : "Haaa...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami dah
bayar seorang RM100 ni...kami tertipu ke?"

Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu...'lif ajaib'
hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya
untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia
sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah
tanpa usul periksa..."

Abu : "Saya dah agak dah...saya memang rasa pelik...tapi
manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud...kan
sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang
dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu
ni.....hmmm...rupa2nya kena tipu aje"

Pakcik : "Anak2...mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas
tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah
dan akhirnya sampai ke puncak...itu semua bukan perkara mudah...
kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."

Ali : "Hmmm..."

Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul
...baru awak akan berjaya sampai ke puncak..."

Abu : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya..
.kalau nak mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena
ada ilmu mendaki yang betul...."

Ali : " Hmm...kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap
sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."

Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..
belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang
lengkap...pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti"

Tuesday, September 20, 2011

Wordless Wednesday - satu2nya foto di open ofis raya..

Assalamualaikumm...

hehe.. nak jugak kan WW ni... satu2nya foto saya di open ofis raya 2011 hari isnin kelmarin dulu.... sebenarnya  foto ni pun ehsan dari kawan blogger saya dik linda aka rakan se Poli http://www.afiq-bravo.blogspot.com ... thnks linda cayunk... linda amik masa open ofis di unit ICT...  tu pun gambor tgh makan... sempat posing lagi tu...

sempat jeling lagi tu... yang lain tu geng sekerja Poli...

Monday, September 19, 2011

PoYo...

Assalamualaikummm...

Hari saja nak kongsi info pasal perkataan PoYo ngan semua.... perkataan PoYo ni kan agak pelik bagi saya la... selalu orang guna untuk apapun saya tak tahu... sejak kebelakangan ni banyak orang sebut perkataan PoYo... kat blog, kat FB dan sembang2 seharian .... saya yang dengar ni pun heran apa makna PoYo tu.... lastly search kat tenet jumpa la maksud PoYo... entah betul ke idak le....
Apa yang korang semua faham ngan perkataan PoYo???...

Maksud PoYo.. 

Ini adalah maksud poyo berdasarkan pencarian di internet: 

- gedik/poser je/ngade/shiesh/hampeh
- macam bagus kot.. „terlebih semangat“!
- macam bagus
- perasan bagus
- macam bagus sangat
- kelakuan yg tidak normal yg bleh membuat orang rasa tak sedap hati..
- perbuatan dan percakapan orang yang mengada ada
- org tu suka buat lawak yg nak membangga diri sendiri tanpa niat. kalau dengan niat, itu adalah berlagak
- berlagak power
- suka buat lawak bodoh
- poyo = sardin
- cakap lebey drpd aper yg die boley buat
- gila gila
- ntah apa apa
- berlagak
- perasan bagus, cakap terlalu dramatic, exagerate
- cool yang tak jadi
- terer tapi buat tak terer
- aku rasa macam selamba bodoh je dalam membuat sesuatu benda. pada pelaku poyo itu maybe dia rasa biase je apa yang dia buat, tapi pada pandangan mata org lain benda yang pelaku poyo tu buat mungkin over acting kot...
- a show off
- poyo tu bila seseorang cuba melakukan sesuatu perkara dengan niat menonjolkn dirinya dengan cara cuba menarik perhatian orang lain di masa dan tempat yg tak kena
- cam berlagak bagus
- cam over....over tu lebih kpd negativ sket poyo tuh kadang bleh jd positif..
- poyo tu bermaksud macam bagusla...
- entahlah. aku rasa poyo just means enthusiastic tapi mempunyai negative connotation sebab orang melayu tak suka over-enthusiasm because diorang saja dengki?

- Ada jugak orang rajin nak tulis panjang-panjang:
Secara amnya, “poyo” membawa maksud orang tuh tengah blur, buat-buat blur, atapun di pandang blur. Perkataan ini boleh digunakan sebagai kata sifat yang menggambarkan keadaan seseorang itu, ataupun kata sindiran yang boleh menjatuh kan air muka atau maruah seseorang. Pendek kata, “poyo” ni satu perkataan yang sungguh unik yang telah meresap kedalam bahasa kita.
Secara zahirnya pula, “poyo” ni pada pendapat aku memang sesuai digunakan apabila baru bangun tido, apabila kita hendak sedar dari alam mimpi. Boleh dikatakan keadaan masa tuh 50-50. Separuh kat alam realiti, separuh lagi masih berada dalam alam mimpi. Ia merupakan kata ganti sepenuh bagi perkataan mamai, dalam konteks ini.
- poyo adalah kau.

Allah SWT Maha Mengetahui.

Thursday, September 15, 2011

kek buah kurma...

Assalamulaikummm...

Hari ini saya bersiaran dari rumah... sebab saya bercuti sedikit panjang hari ni sambung hari malaysia campur sabtu n ahad jadik ler 4 hari...hehe...
Saja jer lepas makan tengah hari tadi kepala dok memikir buah kurma yang masih ada lagi dalam peti ais tu... buah kurma bulan ramadan lepas belum habis di makan... tak beli pun buah tu... pemberian dari ofis jer... ada dua bekas... timbul idea nak wat kek buah kurma... cari punya cari kat internet jumpa la resepi yang memang sempoi n simple jer... tak yah beli bahan2 lagi... sebab semua ada di dapur....hehe... memang nak yg mudah jer kannn.... kihkih... kek yang susah2 saya tak reti buat... ni kira senang sgt2... hasilnya memang terbaikkk...hehe... angkat bakul sendiri le....
hasil pertama kali saya buat nihhh... kek buah kuma....
buah kurma... kena buang biji... masuk kan dlm cawan untuk mudah kita menyukatnya... ikut resepi pun mcm tu....

sebelum di bakar...

sesudah di bakar...

sudah dipotang siap untuk di makan...
kalau ada sesapa yang masih ada saki baki buah kurma tu... klu nak wat kek kurma paling simple sila la amik resepi ni yer....

KEK BUAH KURMA

Bahan2nya...

1 cawan buah kurma - buang biji
1/2 cawan gula pasir
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil asen vanilla

Cara buatnya...

Blender telur dgn gula hingga kembang...kemudian masukkan asen vanilla dan seterusnya masukkan buah kurma... blen hingga hancur buah kurma tu...
dalam bekas yang lain... ayakkan tepung gandum dgn soda + baking powder...
masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam bekas tepung yang di ayak tadi....
seterusnya masukkan minyak masak.. kacau hingga sebati....
tuang dalan loyang yang digriskan dgn mentega...
bakar pada suhu 150 darjah hingga masak.... lebih kurang 50 minit...

selamat mencube yerrr....

Tuesday, September 13, 2011

hujan rahmat....

Assalamulaikummm....

Dah hari rabu ye kiter minggu ni... kejap jer masa berlalu... pantas jam berputar... blog pun dah beberapa hari tak update... malas campur tak der idea nak corat-coret kat sini... apasal pun tak tahu.... suka pegi jalan2 ke blog kawan jer 2 3 hari ni.... baca cerita raya... seronokkan dapat tgk foto2 raya geng blogger... semuanya meriah belaka....hehe...
Masa buat n3 ni hujan lebat melanda bumi PSP... tempat korang hujan tak???
awal tu nampak mcm elok jer cuaca... tiba2 hujan lebat turun ya amat....
dah ler time makan tengah hari pulak tu.... mcm ne la nak keluar lunch yer nanti....
saya lak mcm biasa time lunch ni nak pegi amik Adam untuk hantar ke sekolah.... hehe...
terpaksa la basah2 nanti... belengas abis baju... hujan macam ni pakai payung pun tak jadik punya nanti....
mcm tak pakai payung le nampaknya nanti.... terpaksa la tggu kejap kot2 hujan berhenti...
sambil2 tu hati berdoa agar hujan reda......

gambar ni di ambik dari tingkap bilik opisss...

see nampak my car oren tu..hihi.. sajer jaaaa...
nampak tak hujan sedang turun tu... siann my car oren sejukkk...

*** kesian kawan2 kita yang sedang menghadapi banjir sekarang ni... kita doakan semoga kejadian ini tidak berlarutan... amin...****

Thursday, September 8, 2011

open house ke open ofis??...

Assalamulaikum...

Selamat hari jumaat yer semua...
dah hampir 2 minggu kita berhari raya yer...
banyak ke korang semua g open house..
tentu ramai yang amik kesempatan wat open house hari sabtu dan ahad esok lusa kan....
hari ni ja kat ofis ada 2 open ofis...
memang acara wajib jugak la...
satu dah pergi makan...
3 petang nnt lak ada satu lagi... hehe..
hari ni kembung campur buncit perut ku makan makanan lazat2....
minggu depan n depan lagi pun ada open ofis... hehe.. rezeki2...

Wednesday, September 7, 2011

Menu Hati...


Kulit Pisang…………..

Seorang lelaki separuh umur kelihatan sedang tertawa seorang diri sambil memandang kulit pisang yang terbuang di tengah jalan.  Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.  Dan kemudian tertawa lagi.  Begitulah, kelihatannya berulang-ulang kali.
Perbuatannya diperhatikan oleh seorang remaja dari jauh.  Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, dia bertanya: “Pak Cik, kenapa Pak Cik ketawa?”
“Pak Cik ketawa tengok kulit pisang tu nak…..” “Apa yang pelik dengan kulit pisang tu?”.  Pak Cik itu terus ketawa dan berkata: “Begini.  Sejak tadi Pak Cik perhatikan telah lima orang jatuh tergelincir kerana terpijakkan kulit pisang itu.  Tapi tiada seorang pun yang mengutip dan membuangkannya ke tepi, agar orang lain tidak tergelincir lagi.”  Remaja itu turut sama-sama ketawa.  Namun tidak lama kemudian dia bangun dan mengutip kulit pisang yang dimaksudkan dan membuangnya dari tengah jalan itu.  “Eh….nak, kenapa kamu buang?”  “Saya tidak mahu terus ketawa melihat orang lain jatuh!” jawab remaja itu.
Kali ini Pak Cik itu pula termenung.  Ketawanya hilang tiba-tiba.

Pengajaran:
Sering berlaku kita ingin orang lain “terkena” setelah kita terkena.  Pada hal kita seharusnya “memindahkan” pengalaman pahit yang kita alami sebagai peringatan untuk orang lain, agar tidak terjebak sama.

Monday, September 5, 2011

kuih raya...

saja jer nak tayang kuih-kuih raya yang di bawa ke ofis hari ni...
al maklumla  masih mood raya lagi kan... hehe..
jemput makan semua...
ni ja yang ada..
cheese tart nenas, almond london, makmur dan biskut kacang mazola..
lain dah abis...

Sunday, September 4, 2011

foto kenangan hari raya 2011...

Assalamualaikum....

Jumpa lagi kita2 yer... saya dah masuk kerja hari ni.... mood kerja nan ado lagi ni.... besa la cuti one week kannn...hehe.. apapun mood raya tetap masih ada lagiii... kuih raya pun ada lagikk... siap bawa mai ofis lagi niii...dok kunyah2 ni...hehe
alhamdulillah sudah selamat kita berhari raya... semua nampak happy jer kan... ramai dah upload foto raya kan... meriah nampak... warna warni tema baju korang semua... hehe...
saya pulak macam besa jer tahun ni... tema merah menyala... foto tak banyak pun ada sekeping 2 jer... tu pun kira sempat ambil sebelum tetamu datang....hehe... maklumla sibuk dari pagi sampai ke petang....
kami sediakan juadah hari raya mee rebus... lemang.. serunding ayam... kuih raya bermacam jenis... kerepek ubi n pisang... dan macam lagi laaa...
raya pertama tahun ni berraya rumah saya.... kul 12.30 tghari bertolak ke rumah hubby... dekat jer kami dlm 10 minit sampai la... dekat jer kannn... kampung sebelah tu jaaa...hehe
raya ke 3 lak makabah ada buat rumah terbuka kat rumah serentak dengan majlis pertunangan adik bongsu... so lagi meriah laaa... ramai saudara yang datang.... tak cukup tangan melayan tetamu datang.....hehe.....

gambar2 ni pun colang caleng campur aduk jer... apapun layan jer laaa....

sempat posing dalam kereta otw balik kampung ari sabtu...
gambar pagi raya kami.... famili kak dan adik lelaki jer tak dak masa ni...
kami sekeluarga bersama mak tersayang...

sempat bergambar di atas pelamin...

adam nak juga..hehe

sempat ambik gambar tetamu pertama d pagi raya...

foto ni raya ke3... hari bertunang adik...

arfan pun nak jugaaaa... hehe

adik ngan anak2 sedara nya...


Related Posts with Thumbnails