Followers

Tuesday, May 31, 2011

Sape punya kerja ni???...

Assalamualaikum..

Pepagi ni saya macam biasa baca Mymetro online... jumpa la berita yang tak dak kesudahan ni... tahu la kan keja buang bayi ni dah macam kes biasa lak bagi kita... tak dak penghujungnya... sapa la punya kerja terkutuk ni... Hanya Allah saja yang tahu.... moga dapat balasan yang setimpal pada mereka yang tak berhati perut ni...


Bayi sangkut celah batu

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang sibuk bergegas ke tempat kerja gempar dengan penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Bayi perempuan itu dikatakan dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat daripada orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.


Orang awam yang curiga dengan objek itu menghubungi polis dan bomba sebelum mereka tiba di kawasan berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, mayat bayi perempuan itu dipercayai baru dilahirkan dan dicampak di dalam sungai sebelum dihanyutkan.


Menurutnya, kejadian itu disedari orang awam yang terlihat objek seperti ‘anak patung’ dihanyutkan arus sebelum menghubungi polis.


Sepasukan bomba dari Sentul dihantar ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mayat bayi berkenaan.

“Bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibawa arus dari kawasan Stesen LRT Titiwangsa di Jalan Pekeliling.


“Setelah membuat operasi mengesan, kami (polis) menemui mayat bayi itu berdekatan PWTC yang tersangkut di celah batu. “Mayat itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Sunday, May 29, 2011

Petua berasaskan buah limau...

Assalamualaikummm..

Selamat hari Isnin semua.. ada sihat.. harap2 semua okey... haha... cuti dah bermula ye.. tentu ada yang ambik cuti sebab nak bercuti bersama anak-anak di rumah, pegi makan angin atau balik kampung.. hehe seronoknya... entry bergambar takde la pulak hari ni... yang ada pun gambar ngan anak-anak n my hubby jer.... nak letak malas la pulak.... cuti sabtu ahad kami sekeluarga pergi lepak tepi pantai dan ronda TESCO jer... hehe..

N3 kali ni saja arr nak share Petua berasaskan buah limau (limau Nipis dan Kasturi)ngan kawan-kawan... petuanya seperti berikut.... jangan lupa cuba yer...

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan,
1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah
itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam
pet i sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda
makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.
Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan
dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu
sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3.Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman
harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan
ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau
makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah
segar dan langsing.

4.Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu
Manis dan Madu.

Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam
pantang.

Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua
ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah
jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu
disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah
dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan
meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua
ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur
sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut
anda akan lebih menarik.

selamat mencuba....

Friday, May 27, 2011

yey.. cuti sekolah..

Assalamualaikum..

Yey..yey..
cuti sekolah dah bermula... 2 minggu you... nak ke mana kita???... mungkin dah ada plan masing2 kan... anak-anak jer cuti... huhu.. mama tetap kena keja.. mama kena amik cuti loo... tak pe mama dah apply pun cuti... hehe... tapi lambat lagi la... minggu kedua baru kita balik kampung dan pegi jalan-jalan ok... tak tau nak pegi mana lagi.. nanti la fikir-fikir kan... dekat-dekat je kot... haha... apapun " Selamat bercuti" pada semua anak-anak murid dan cikgu-cikgu sekolah...

Wednesday, May 25, 2011

Alhamdulillah.. dapat APC...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... saya dapat APC tahun 2010... majlis akan di adakan pada 14 Jun akan datang... ini dikira hadiah sempena besday saya 11 Jun nanti... hehe... selain tu 15 mei baru-baru ni genap 5 tahun saya berkhidmat... apa pun terima kasih atas anugerah ini... semoga saya terus dapat berkhidmat dengan tulus dan ikhlas lagi... thks bosss...



Saturday, May 21, 2011

Foto potong kek besday Adam...

Assalamualaikum...

Jumaat 20/5/2011 kan besday Adam... so kali ni acara potong kek kat KFC... sambut kami ber 4 jer.. kek besday Adam kali ni bertemakan Upin dan Ipin.....
layan jer foto2 kami anak beranak potong kek sama2...






Besday boy...

Thursday, May 19, 2011

Adam Hakimi is 8 years old... (20/5/2003)

Assalamulaikum...

Hari ni besday my hero Muhammad Adam Hakimi... dah 8 tahun rupanya anak teruna saya... dah besar panjang... badan dah semakin debab... Mama ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR YG KE 8 TAHUN"... Mama doakan semoga Adam akan menjadi anak yang baik dan taat kepada mama dan abah... Moga dimurahkan rezeki... Moga diberi kesihatan yang baik... Moga berjaya di dunia dan akhirat... Sentiasa hormat pada orang-orang tua... Aminnn...

Mama Sayang Adam....

"Kasut Kelopak Jantung"

Assalamualaikum...

Just nak share kisah seorang murid miskin ngan gurunya... saya dapat email cerita ni dari rakan sekerja.... sempena "Hari Guru"... bila saya baca petikan cerita ni... air mata saya bergenang... huhu...


Cerpen ini mengisahkan Ahmad dan Cikgu Harun...Ahmad merupakan seorang pelajar miskin yang berumur 9tahun..sering dimarahi oleh gurunya Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah..sebaliknya hanya berselipar jepun..keadaan itu mengganggu pemandangan Cikgu Harun yang begitu mementingkan soal penampilan..

"Ahmad,mana kasut??"
"Belum beli cikgu.."
"Bila nak beli?"

Ahmad membatukan diri seperti selalu..semenjak tiga minggu yang lalu, sejak sekolah dibuka..dan semenjak soalan itu diajukan kepadanya...itu sajalah jawapan Ahmad..Sebelum itu Ahmad memakai selipar Jepun yang lusuh ke sekolah..tetapi selepas selipar itu putus..dia hanya berkaki ayam..sehinggalah satu hari Ahmad telah didenda oleh Cikgu Harun kerana tidak membawa baju sukan..

"Kasut sekolah tak pakai,baju sukan tak bawa!Apa nak jadi dengan kamu ini??

Terasa hendak dipukul sekuat hati pelajar itu tetapi kesabarannya masih ada..Cikgu Harun terpandang rumpun pisang yang merimbun di tepi pagar sekolah..Beberapa tandan pisang terjuntai di celah-celah rumpun pisang itu..dan dibawahnya bertaburan kelopak jantung yang gugur..besar-besar dan berwarna merah hati..

"Pergi cari tali!"

Ahmad,pelajar yang lurus bendul itu terus beredar dan kembali dengan seutas tali rafia berwarna merah..

"Kamu pakai benda ni.Ikat elok-elok!!"Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tak beli kasut baru!!"

Pada mulanya Ahmad berat hati untuk memakai kasut yang diperbuat dari kelopak jantung pisang itu..tapi akhirnya dia menurut..Ahmad serba salah..Dia berasa malu..Ahmad berlari pulang ketika murid-murid lain sudah keluar sekolah. Sakit hatinya kini lebih perit daripada tertusuk duri semalu..Matanya berair..bukan kerana sakit kaki..akan tetapi hatinya yang terhiris..

Keesokan harinya..Ahmad tidak datang ke sekolah..sehinggalah seminggu lamanya..Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena..dia bertanya kepada pelajarnya yang lain..

"Dia kata hendak berhenti sekolah cikgu!!"

Tersentak hati Cikgu Ahmad mendengar jawapan dari anak muridnya itu..tiba-tiba timbul rasa bersalah di dalam hatinya kerana bertindak keterlaluan kepada Ahmad..Petang itu, Cikgu Harun tekad untuk pergi ke rumah Ahmad..setelah melalui denai-denai sempit akhirnya dia sampai ke rumah Ahmad..barulah Cikgu Harun sedar betapa sukarnya Ahmad ke sekolah..tambahan dalam keadaan pelajar itu yang hanya berkaki ayam menempuh semak..batu-batu kerikil di tepi jalan dan pohon-pohon semalu yang berduri..

Sebaik sampai di sebuah rumah,Cikgu Harun memanggil-manggil nama Ahmad..tapi tiada yang menyahut..Tiba-tiba muncul seorang wanita separuh umur..mukanya iras-iras Ahmad..Cikgu Harun dapat mengagak itu adalah ibu Ahmad..

"Ahmad tak ada.Dia mengambil upah petik cili.."Cikgu Harun memperkenalkan dirinya..Tidak lama kemudian,muncul Ahmad..Cikgu Harun menyapa pelajarnya itu..Tika itulah dia terpandang kepada kaki Ahmad yang masih bersarungkan kasut kelopak jantung..

"Kenapa kamu tak buka kelopak jantung ini??"tanya Cikgu Harun pantas.Hatinya tersentuh kerana tidak menyangka arahan supaya tidak menanggalkan kelopak jantung itu benar-benar dipatuhi oleh anak muridnya itu..

"Saya belum cukup duit untuk membeli kasut baru.."

Air mata Cikgu Harun menitis tanpa disedari..dia segera ke pekan membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut..Kemudian,cikgu Harus bergegas pulang ke rumah Ahmad..

"Ahmad,esok pergi sekolah. Pakai uniform baru ni..."

Ahmad menyambut pemberian Cikgu Harun dengan tangannya terketar-ketar..

"Terima kasih cikgu.."

Tuesday, May 17, 2011

tingin nak makan ni...

Assalamualaikum...

N3 ni nak kasi tau sekarang ni teringin nak makan ni...


Chicken Chop Radik FC...

huhu... kat penang tarak... Sungai Petani ada...sabo jer..

Sunday, May 15, 2011

Alhamdullillah..

Assalamualaikum..

Sabtu dan ahad balik kampung tengok mak.. alhamdulillah mak dah sihat... cuma masih dalam pantang lagi... makan kena jaga... macam orang pantang bersalin pulak... sian mak tak boleh makan makanan kegemaran dia... kami balik makan reramai mak boleh tengok jer... apa pun moga mak terus sihat seperti sedia kala...

Wednesday, May 11, 2011

Mak masuk hospital...

Assalamualaikum..

-Sedih tau nak cerita ni... kalau cerita pasal mak-mak kita sakit ni mesti air mata nak meleleh jer kan.... dah masuk 3 hari mak masuk hospital sebab buat rawatan mengenai ada ketulan di pundi kencing mak... mak dah lama sakit ni... sebelum ni buat rawatan kimo dan makan ubat ja... tapi tak berkesan... doktor pun sugest pada mak buat rawatan secara laser... mula-mula tu kami adik beradik macam takut nak bagi mak buat rawatan tu... tapi bila doktor bagtau mak rawatan tu tak perlu bedah cuma masuk kan alat sampai ke pundi kencing dan laser tu akan bertindak menghancurkan ketulan tu...
-Masuk wad mak kena puasa hingga pagi kemarin pukul 10.00 pagi mak pun masuk blik OT untuk buat rawatan laser sampai kul 2 petang baru keluar... saya, suami, abah n adik2 sabar tunggu di luar bilik... masa tu rasa sebak jer...dah tak boleh nak sembang... bila tgk mak dah keluar dari bilik OT... terus rasa lega sebab dapat jumpa mak dah.. masa mak masuk wad kelmarin dulu saya tak balik kedah... ada di penang kerja macam biasa.. nak balik tak boleh sebab anak ada exam..tapi selalu call mak tanya perkembangan mak di hospital... kelmarin mak buat operation baru pagi-pagi saya dan hubby bertolak balik ke kedah terus ke hospital.. Masa mak dari bilik OT ke wad saya tengok mak masih dalam keadaan lemah sebab ubat bius masih ada... mak tak boleh makan selama 6 jam lagi.... siannn mak masa tu... mak muntah 3 kali sebab pening effek dari ubat bius... saya temankan mak di wad semasa habis waktu melawat... lagi pun di situ wad untuk wanita sahaja lelaki tak boleh teman... pukul 4.30 petang baru boleh melawat pulak... saya dan suami balik ke penang semula petang tu sebab anak-anak tak bawa bersama tinggalkan di rumah pengasuh dan Adam pergi sekolah...
-Semalam adik saya temankan mak di wad sampai pagi hari ni... semalam adik ada sms saya bagi tau yang doktor tak bagi mak makan lagi... time tu pukul 10 malam adik sms... siann mak tak boleh makan lagi... dah la kena puasa dari kelmarin lagi... pagi hari ni saya terus call adik tanya perkembangan mak... adik bagi tau mak sudah boleh makan... mak sudah boleh bangun duduk... alhamdullillah... kalau mak dah sihat hari ini doktor cakap mak bolah balik.... lega hati ku....

Ya Allah.. Kau berilah kesihatan yang baik kepada Mak...

*** Esok nak balik tengok Mak****

Monday, May 9, 2011

Puasa...

Assalamulaikum...

Hari ni start berpuasa ganti tahun lepas punya... kena ganti 7 hari ni... kena buat dari sekarang klu tak liat.. susah kalau nak puasa last2 minit....penat weii... tu pun plan ngan geng tempat keja... hehe.. best puasa ramai2 ni... doakan agar perut jangan berbunyi sudah.. kejap jer lagi... sabarrr...hehe..

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu...

assalamualaikum...

8 Mei ialah Hari Ibu sedunia...
Hari yang istimewa buat semua yang bergelar "IBU"...
Kalau boleh nak hari-hari sambut hari Ibu... Nak tunjukkan kasih sayang kita pada Ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita...
Terima kasih tak terhingga buat Ibu ku yang tercinta dan tersayang iaitu "Che Embun binti Lazim"....
Tak lupa juga kepada Ibu mertua ku yang disayangi iaitu "Eshah binti Lazim..
Tanpa Ibu siapalah kita di dunia ini....
Jasa dan pengorbanan Ibu terlalu besar untuk kita...
Ibu.. Ibu... Engkau lah ratu hatiku...

Thursday, May 5, 2011

Jeruk mempelam...

Assalamulaikum...

ishhh..ishhh... dah bulan Mei 2011 kita ni yerr... cepat betol masa berlalu... next month my besday... huhu.. tambah lagi le umur ku... pejam celik dah 1/2 tahun 2011...

Kali ni saja nak cerita pasal jeruk mempelam ku... balik kampung sabtu ahad lepas kak ipar ada kasi buah mempelam putik yang banyak... sebab banyak sangat so buat jeruk jer la.. boleh simpan dlm frezer... jeruk ni kesukaan my hubby tau... dia yang teringin sangat nak makan jeruk... hehe.. macam orang perempuan pulak... jeruk ni simple jer.. taruk garam dan gula jer... rendamkan... jadi la jeruk yang boleh tahan sedappnyaa...hihi...

gambar2 jeruk mempelam...


href="http://2.bp.blogspot.com/-z321AnE1hTA/TcKpgaccNNI/AAAAAAAAA3g/0OJHSll_VdY/s1600/IMG0872A.jpg">
Related Posts with Thumbnails