Followers

Wednesday, February 23, 2011

Kena pegi berkursus la pulak!!!..

Salam...

huhu.. malasnya nak kena pergi berkursus niiii... tolong la saya niii...

Tajuk : Kursus Pembangunan Diri Berpasukan
Tarikh : 28/2/2011 - 4/3/2011
Tempat : Kem Besut Terengganu

Dimaklumkan kursus ni lasak.. menguji mental dan fizikal kami yg pergi... huuhuu.. tak larat mak ni oii.. tak der nya duduk hotel bagai ok.. tak de nya istilah makan angin ok... bukan kursus duduk dan dengar ceramah ye.. apapun terpaksa la pergi sbb tugas kan.... yang paling sedih kena berjauhan dengan my hubby dan anak2... sedihh..

Thursday, February 17, 2011

5 TANDA HATI KERAS MEMBATU..

salam..

Di hari jumaat yg mulia ni saya nak kongsi info yang saya dapat dari seorang kawan blogger.. harap dapat memberi satu panduan kepada kita semua untuk meneruskan kehidupan..

5 TANDA HATI KERAS MEMBATU

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan.
Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)


2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)


3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.


4. Kurang mengagungkan Allah.
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.


5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah.
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Wednesday, February 16, 2011

Wajah-wajah bilionair Malaysia..

Salam..

Just nak share ngan kengkawan wajah2 bilionair Malaysia..
Seronok kan klu jadi mcm mereka ni.. berangan la saya tu.. hehe... apapun rezeki yg kita dapat sampai hari dari Allah kita patut syukur Alhamdulillah... asal sihat tubuh badan pon dah ok..

Wajah-wajah bilionair Malaysia

KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.



Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.

"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.

Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.

"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.

Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.

Kejammmm...

Salam...

Pagi2 ni baca hmetro online ada kes Suami pukul isteri sebab tak kasi wang pada suami... depan anak2 pulak tu.. kejamm betul la.. sampai teruk si isteri kena pukul... si anak2 pulak tentu trauma tgk mak diaorang kena pukul kan... apa nak jadi la ngan lelaki2 sekarang dah la keja tak dak pegi jadi kuli dadah tu apa ke hal... si mangsa pulak keja untuk sesuap nasi pada anak2.. sedih kita sebagai wanita dan ibu melihatnya...

Baca berita selanjutnya di bawah:-

Dibelasah suami depan 2 anak

KUALA LUMPUR: Seorang isteri beranak enam patah pinggang, bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagi semalam.Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.
Suami mangsa yang tidak bekerja dan dipercayai penagih dadah sudah banyak kali memukul mangsa jika tidak diberi wang untuk membeli dadah. Mangsa yang sudah 17 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 39 tahun dikurniakan enam anak berusia empat hingga 17 tahun.

Abang mangsa yang datang ke rumah mangsa kira-kira jam 7 malam terkejut apabila mendapati adiknya tidak mampu berdiri dan hanya berbaring di atas lantai serta cedera di seluruh badan. Berikutan itu, dia meminta izin suami mangsa yang berada di rumah untuk membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
Abang mangsa, Zakaria Hussin, 60-an, berkata, pasangan suami isteri itu pernah bergaduh, tetapi kejadian hari ini (semalam) paling teruk. “Dalam pergaduhan sebelum ini, adik saya enggan membuat laporan polis kerana terlalu sayangkan suaminya itu tambahan pula memikirkan nasib enam anak mereka sekiranya bercerai. “Tetapi kali ini, laporan polis akan dibuat,” katanya.

Katanya, adiknya kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan berada dalam stabil.
Difahamkan, suami mangsa adik seorang penyanyi, pengacara, pelakon dan model yang pernah merakamkan album dan berlakon beberapa drama serta menjadi model syampu jenama terkenal.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Sunday, February 13, 2011

Kereta control pemberian Abah pengasuh..

salam..

Seronok tak terkira la si Adam dan Arfan tu dapat kereta control baru... sorang satu pulak tu.. pemberian abah pengasuh mereka... abah pengasuh mereka tu baik sangat dengan bebudak 2 orang tu... manja sangat ngan abah pengasuh tu... abah pengasuh tu ialah suami kepada mak pengasuh mereka... kereta control ni abah pengasuh mereka dah janji lama nak bagi...kira baru jer dapat minggu lepas... apa lagi riang gembira la mereka dapat kereta control tu... TQ abah... main tak ingat dunia dah... bising satu rumah...



Arfan posing ngan kereta2 control baru nya...masa ni abang tak der sbb pegi ngaji kafa...


kereta control Adam kaler hitam...


ini pulak kereta control Arfan kaler kuning...

Wednesday, February 9, 2011

update foto...

Salam...

Nak tunai janji ari tu nak kongsi sekeping dua foto2 kami kat Terengganu... tak byk snap pon sbb tak sempat nak posing bagai sbb biasa la kalau pegi ngan anak2 ni kelam kabut sket... mana ngan penat dok kepung anak2... jln lak kena cepat2... panas lak satu hal... anak2 lak posing ikut dan jer... nasib ada gak kenangan kami di sana... look n see jer apa yang ado di sini... hihi..huhu.. mak oii ramai betul org bercuti di terengganu kiter tu... kat mana pegi mesti ramai org... kami sempat gi Pantai Cerating.. Pantai Mak Nik Kemaman... gi makan sata, keropok lekor n otak-otak.. makan nasi dagang dan nasi kerabu... lepas tu gi taman Tamadun kat KT... masuk Taman Monumen tgk replika2 bangunan yang terkenal di seluruh dunia... lepas tu lepak jap kat masjid kristal... cantikk beb... kami pegi sopin kat Pasar Payang... sopin keropok lekor dan kering.. beli seveniour sikit... beli baju2 t-shirt kenangan.. wajib beli batik sutera 2 helai... kaftan 2 helai.. baju kemeja batik kain cotton untuk my hubby... tak lupa budu...hehe...layan la foto kami ni jap ok.... tak byk pon saya load...terabur jer foto ni2..


kami di pantai Mak Nik... laut ni org tak mandi sebab ombak kuat dan dasar nya dalam.. bahaya klu mandi..


ketika ni baru sampai ke Pasar Payang... kakak my hubby bawa kami pada hari kedua tak sempat snap byk sbb panas dan ramai org..


di dlm Taman Monumen sdg tggu trem...


Taj Mahal...


Pintu masuk ke taman Monumen..


sekitar Taman Monumen..


Masjid Kristal.. cantikk..


bergambar kenangan ramai2 di masjid kristal...


Masa ni otw nak balik ke penang singgah jap kat pantai di Marang... sempat lg posing.. buat kenangan...


Adam.. masa ni kat Pasar payang untuk kali ke 2.. otw nak balik penang... sempat singgah lagi nak sopin... hehe


My hubby sempat bergambar kenangan...


giliran saya pulak...haha..


Last sekali ngan adik...

Hehe.. tu jer yg mampu di load kat sini...bye..

Sunday, February 6, 2011

kembali sudah...

salam..

Apa khabar semua???.. harap semua sihat kembali dari bercuti panjang... alhamdulilah saya n famili selamat kembali dari bercuti 5 hari ke Terengganu kite... bertolak dari rumah hari rabu dan balik ahad semalam sampai pukul 9.30 malam... perjalanan yg begitu menyeronokkan...

Nanti kalau ada masa saya load beberapa keping foto kami di sana... jommm sambung kerja daa...
Related Posts with Thumbnails