Followers

Thursday, January 13, 2011

Apa salah anak itu....

Salam..

Apa hal la si ibu zaman sekarang ni... kejam dan ganas betu la... cerita kanak2 dan bayi kena dera ni tak kesudahan.. baru2 ni kena dera sampai mati oleh si ibu tiri.. ni lak bayi kena tumbuk oleh ibu kandung... tumbuk kau balik baru tau... sakit tau kena tumbuk tuu... kalau orang dewasa kena tumbuk boleh pengsan tau... mcm mana pulak bayi yang kecik tu terus tak sedarkan diri... tuhan saja yang tahu... moga dijauhkan dari kita semua... sabar itu separuh dari iman..


Bayi pengsan ditumbuk ibu


KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lebam di seluruh muka dan berkemungkinan buta mata kanan akibat ditumbuk ibu kandungnya yang di Bandar Sungai Long, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan selepas tidak sedarkan diri.
Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, mangsa, Yong Kar Sheng turut cedera di kepala serta patah tulang pelipis sebelah kanan akibat dibelasah ibunya.

“Mangsa dihantar ke PPUKM oleh bapanya yang berusia awal 40-an selepas mendapati kanak-kanakitu tidak sedarkan diri. Doktor yang memeriksa mangsa kemudian membuat laporan di pondok polis hospital berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu dipercayai ditumbuk berdasarkan kecederaan teruk pada mata kanannya dan difahamkan doktor yang merawatnya menyatakan kemungkinan mangsa buta akibat kejadian itu.
Azman berkata, mangsa anak bongsu daripada dua beradik dan ibunya, warga China berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis membawa ibu mangsa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sama ada mengalami masalah mental atau tidak,” katanya.

Menurutnya, wanita itu direman selama empat hari sehingga 16 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

5 comments:

  1. tu la kan kak normi...takut bace.....pelik lieya, sanggup nak pukul budak2 camtu.....isssshhh minta disimpang laa dari keluarga kite kan....

    org kaki dera2 ni mmg binatang kak...bukan manusia ....leiya takut kalo naik citer bende2 camni.....mmg nangis...

    ReplyDelete
  2. mmg bangang si ibu nih... tak rasa sayang ker kt anak sdiri??? bangang....

    ReplyDelete
  3. benci ieda pada berita2 mcm nie .. mereka x rasa ker sakit bila ngandung , bersalin dan berpantang .. kalau dah x nak anak fikir masak2 .. jgn lah dah ada di buat mcm nie ...
    sungguh2 mereka nie dah GILE lahhhh huhuhuh

    ReplyDelete
  4. ini lagi bangsat punya emat..nauzubillah. agaknya sakit mental kot. tetiba jer ter EMO

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails