Followers

Wednesday, March 31, 2010

Kongsi Resepi...

Resepi ni kalau buat hujung2 ni mesti sedapkan... cuba yer kawan2.. sorry gambar tak der..

AYAM MADU Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam

Ditumbuk lumat:
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu makan madu
2 sudu makan kicap masin (Kalau guna kicap manis, sila tambah sedikit garam)
2 biji bawang putih
Perahan sebiji lemon atau limau kasturi

Cara-cara:
1. Lumurkan ayam bersama-sama bahan2 yg ditumbuk dan perap selama sejam atau lebih.
2. Microwave @ HIGH selama 3 minit. Kalau tak microwave pun tak pe, kukus selama 10 minit.
Kalau malas lagi, bakar aje terus. Bakar selama 30min - 40min pada suhu 200 darj cel
sehingga garing.
3. Sesekali siramkan lagi dengan lebihan bahan perap sekirannya ayam kelihatan kering.

DALCA DAGING
Bahan-bahan :
200gm Daging lembu, dipotong nipis dan direbus empuk
100gm kacang dal, direbus hancur
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
1 biji bwg besar
2 inci kayu manis
Sekuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar serbuk rempah kari, dibancuh dgn sedikit air
1 batang lobak merah, dipotong panjang
Kacang buncis atau kacang panjang, dipatah2
Terung..(Tak de laaaaa...)
Sebiji ubi kentang, di belah 6
sebiji buah tomato, dibelah 4
1 mangkuk santan

Cara-cara:
1. Tumiskan bwg merah dan bwg putih sehingga agak layu. Masukkan segala rempah ratus sehingga
naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau.
2. Masukkan daging dan kacang dal yg telah direbus empuk. Terus tambah air dan biar mendidih.
3. Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang empuk.
4. Masukkan lobak, kacang buncis dan bawang besar. Kalau ada terung bubuh sekali.
5. Tuang santan dan masukkan garam secukup rasa. Terus kacau dan masukkan buah tomato
sebelum diangkat.

Monday, March 29, 2010

Saat-saat menilai CINTA

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'

Monday, March 22, 2010

Bila Imam Ghazali Bertanya....

(sekadar perkongsian bersama)

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

'sampaikanlah walau satu ayat'..

Sunday, March 21, 2010

My favourite kari..

Dalam byk2 jenis kari paling aku suka Kari kepla ikan.. tarak kira jenis ikan apa sume sedap.. tp suka yg saiz besar.. sabtu lepas aku masak kari kepla ikan.. org utara cam kedah panggil gulai.. masak kari kepla ikan ni kira favourite my hubby dan aku la.. klu machting ngan ikan gelama masam ada sambal belacan bersama2 ulam ulaman kira best punyalah.. aku belaja buat kari ni mestila dr mak kan.. sapa lg klu bukan chef kita masa anak dara dulu.. TQ mak klu tidak tak jadilah kari kepla ikan ku.. apapun layan jer hasilnya.. cuba jgn tak cuba buat ok..


Kari kepla Ikan...

Ini recepi kari kepla ikan .. the very simple..

2 ketul kepala ikan (jenis ikan ikut suka..)
1 bungkus Serbuk kari (tak kira cap apa pun janji sedap ok klu nak pedas lg tambah 1/2 lg ok..)
Santan kelapa (ikut suka klu tak mau pekat sgt taruk sket jer)
3 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
sedikit daun kari
2 keping asam jawa bersaiz sederhana
herba campur (selalunya org msk kari guna herba campur utk bg naik baunya)
kacang bendi (5 batang)
Cili padi (5 biji - tak payah potong terus masuk kedlm kari jer)

Cara buatnya: Tumiskan bawang merah, bawang putih, herba campur dan daun kari hingga kekuningan.. masukkan serbuk rempah kari dan asam keping dan kacau smpai mesra.. dah naik minyak sket masukkan kepla ikan dan santan kelapa.. masukkan bendi dan cili padi.. api jgn terlalu besar.. masukkan sedikit garam dan yg nak masukkan serbuk perasa silakan... tunggu sampai kari masak dan naik minyak baru boleh dihidangkan...

Tuesday, March 16, 2010

Kawan lama...

Hari khamis lalu kami di ziarahi oleh kawan lama.. Kak Siti Rohaidah ni kawan lama kami kt PSP.. Kak siti bertugas sbg Penyelia Asrama Kanan.. kira dia senior la.. dah bertukar ke kolej matrikulasi.. seblm ni Kak Siti bertugas di PSP.. kira sudah lama kami tak jumpa kak siti.. kira lepas sket rindu sbb kak siti masih sudi lg ziarah kami d PSP... yg bestnya kak siti baik, lemah lembut, suka senyum dan sbgnya lah.. org nya masih muda dan cun.. yg saya kagum sgt kak siti ni beranak 8... 4 lelaki dan 4 perempuan.. Semoga kak siti gembira selalu bersama keluarga... dtg la ziarah kami lg yer..





Kenangan bersama...

Wednesday, March 10, 2010

Cerita lawak kah..kah..kah..

Cerita ni saya cilok dari rakan email.. just nak kongsi ngan kengkawan sume... baca jangan tak gelak yer..


Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci ..........

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?" Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER. " So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???" Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA." So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP" Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??" Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

*Cerita byk lg nnt saya to be continue yer..

Sunday, March 7, 2010

Aktiviti2 hujung minggu..

Sabtu 6/3/2010
- Kami sekeluarga pergi lepak2 kt pantai bersih.. tepi highway tu.. selalu gak kami p klu cuti2.. biasa nya klu bosan duduk kt rumah mesti my hubby ajak pegi.. Anak2 aku cukup suka.. sempat lg aku snap gambar2 ni...

Anak ku seronok bermain..


Arfan selalunyer main batu dan buang ke laut jer..

mentari hampir terbenam..


Anak dan abah..

ngan Adam..



Ahad 7/3/2010
- Member my hubby ajak kami join pergi piknik kt air terjun Ulu Paip... tah kt mana pun tak tau.. kami konvoi 4 biji kreta.. so 4 family la.. kami follow kreta depa jer.. tut2 dah sampai.. tak jauh dr kulim.. aku cuma prepair sket jer.. msk sempoi2 jer.. masing2 masak lauk jd byk la pulak.. best gak tapi air tak berapa laju sgt mungkin sbb musim panas dan tak dak hujan.. tapi anak2 yg suka sgt.. (gambar kt dlm air tak smpt nak snap... bateri habis daaa...)


Sempoi jer...

On the way..

My hubby dok drive..

Arfan..



Hidangan piknik kami sume.. byk nya..

Bihun Sup Daging..

Pejam celik2 dah cuti hari sabtu and ahad.. so cuti ni la hari masak sedunia untuk kaum hawa.. mcm biasa my hubby tu buat permintaan nak makan makanan kegemarannya iaitu Bihun Sup Daging.. yg bestnya klu dia mengidam nak mkn sesuatu dia pasti sanggup p cari bahan2 nak buat.. kira bgtau jer apa brg yg diperlukan pasti beres.. tapi bab nak tolong masak dia kureng sket.. ikut mood dia klu rajin ringan sket tp klu dah dok depan PC kt umah pasti tarak punya.. main game memanjang.. pagi sabtu pegi ke sekolah Adam ada wat Bengkel Solat Bestari.. kul 7.45 pagi dah start kul 10.00 pagi baru balik.. balik jer bermulalah agenda aku masak Bihun Sup..

Mcm biasa klu nak wat nya mesti ada Daging dan tulang(rebus dulu),bihun dan mee kuning(dicelur),daun Sup, daun bawang(di potong tuk dimasukkan dlm kuah sup nak bg wangi kuahnya), sup bunjut tulang, halia, bawang merah dan bawang putih (tumiskan smpai nak bau).. semuanya mesti dimasukkan.. nak tambah perasa sket pun bole.. bahan lain2 nya spt tokua, lobak masin, bawang goreng,daun sup dan daun bawang di potong kecil.. klu nak pedas taruk sket serbuk cili yg di msk.. jgn lupa sos cili dan serbuk lada.. maaf klu kawan tak paham ok.. ini lah hasilnya Bihun Sup Daging cara aku..



daging potong..

tokua..

daun sup/daun bawang..

lobak masin..

bihun yg dicelur..

seperiuk kuah sup...

bihun sup daging..

Cubalah kawan2 yer...

Tuesday, March 2, 2010

Mengapa WANITA sangat istimewa......???

Ceritanya...
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata."..I letih la..dah lewat ni, I nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker
dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal
masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
Baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
Ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu..
Bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju....gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
Dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha...lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
Ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hbni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
Aaahh...sedapnya dapat baring....mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting...ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri...
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Monday, March 1, 2010

Lagu : Rasulullah (S.A.W)

Rasulullah dalam mengenang mu
Kami susuli lembaran sirah mu
Pahit getir perjuangan mu
Membawa cahaya kebenaran..

Engkau taburkan pengorbanan mu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya..

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al Quran...

Rasulullah kami umat mu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingati mu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu...

Kami sambung perjuangan mu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela...
Related Posts with Thumbnails