Followers

Wednesday, December 22, 2010

30,000 produk online

salam..

Hebat ni.. 30,000 produk boleh beli secara online.. banyak nya weiii... lepas dah tak yah pegi shopping mall la kiter.. order jer sampai depan mata.. klu nak tahu sila la layari PostMe.com.my


**POS Malaysia Bhd (Pos Malaysia) menyasarkan untuk menambah jumlah produk jualan kepada antara 25,000 hingga 30,000 tahun depan menerusi portal dagangan elektronik
(e-dagang) terbesar di Malaysia, PostMe.com.my yang diperkenalkan, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Pemasarannya, Pat Wahid, berkata ketika ini, portal berkonsep kedai maya itu mempunyai lebih 70 rakan niaga yang menawarkan lebih 6,000 produk jualan.
Katanya, pengenalan PostMe.com.my tepat pada masanya memandangkan Pos Malaysia mempunyai keupayaan menggabungkan ciri keselamatan beli-belah dalam talian serta disokong rangkaian penghantaran sedia adanya menerusi kira-kira 10,000 posmen dan kira-kira 700 cawangannya di seluruh negara.

“Kami juga menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 kunjungan pelawat setiap hari untuk melayari portal berkenaan awal tahun depan dan ia tidak mustahil dan realistik kerana PostMe.com.my satu-satunya portal e-dagang yang menawarkan pelbagai saluran bayaran termasuk secara tunai,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya bercadang memperkenalkan dua perkhidmatan baru iaitu penerimaan berasaskan permintaan dan farmasi ke rumah menerusi PostMe.com.my.***

(artikel dari MYMETRO)

4 comments:

  1. sampai skrg x minat beli online huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. sng beli online,xnyusahkan sesapa...sdr2 dh sampai brg...heheheee

    ReplyDelete
  3. baguskan mcm ni....senang urusan beli belah...lieya suke beli barang online..senang...click2 tau2 barang sampai.....selalunye beli baju anak laa heheehehe

    ReplyDelete
  4. hebat tu..satu ketika dulu x pernah terfikir pun

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails